Posts

Showing posts from November, 2012

Kekurangan Itu Adalah Satu Keistimewaan

Image
Bismillahirrahmanirrahim Assalamu alaykum :) Adakalanya yang terindah itu bukanlah yang terbaik Adakalanya yang sempurna itu tidak pula menjanjikan kebahagiaan Tetapi Ketika kita mampu dan mahu menerima Semua kekurangan dan kelebihan itu Jadikan ia sebuah keistimewaan pada diri Kerana ianya adalah Kurniaan ILAHI Kepada diri Hikmahnya pasti ada Berserah pada-Nya Amal ibadat ditingkatkan Itulah KEBAHAGIAAN yang sebenar Hargailah Pemberian Tuhan Dan Bermulalah Sebuah Perjalanan Kehidupan :)

Duhai Hati

Image
Bismillahirrahmanirrahim " Duhai Hati...................... " Usah bersedih di kala rasamu tidak tertunai Ingat Siapa yang memegang kamu Semestinya bukan aku  Tetapi DIA  Tuhan kita yang menciptakannya Bergantung sahaja pada-Nya Bukankah Dia itu sebaik - baik penjaga ? Yakin, itu kuncinya. Aku mahu kamu kuat Aku mahu kamu tabah Aku harap kamu tidak lagi rapuh Aku ingin kamu sentiasa segar dalam ingatan kepada-Nya. Janji dengan aku yaa hati ? Kamu boleh menghadapinya Berbekalkan dengan usaha kamu  Dan tawakal kepada-Nya Redha dengan ketentuan-Nya In shaa Allah  Kita sama - sama saling menjaga yaaa ? Bagaimanapun hati Aku kagum denganmu Betapa besarnya Kuasa Allah SWT Sungguh hebat Allah menciptakan kamu Bagaimana Dia boleh membuat hati yang sekuat dan setabah ini Yang mampu untuk menanggung beban yang terlalu berat ? SubhanaAllah ! Kuasa Allah SWT  :')

Hargailah Warisan

Image
Aku kada suah batakun Dari halui hingga ganalku Ayah, uma kada uah memadahkan Keindahan bumi banjar ini Ninik gan kada suah memadahkan Betapa sengsara hidupnya untuk  Sampai ke Malaya Ninik, uma ayah aku kini megah Menjadi anak Banjar Di situ aku mulai nandui diri Alunan suur Barabai bumimu Menggamit nostalgiaku Sesungguhnya di bumi ini Aku benar - benar kerinduan Mencu'ur keluarga Entah siapa Entah di mana Aku kada tahu Kerana aku kada suah bertakun Dan ninik, uma ayah kada suah memadahkan siapa keluargaku di sini.

Di Sebalik Tangan Itu

Image
Assalamualaikum setiap perkara yang berlaku pasti ada maksudnya ********** Aku memahami maksud itu di sebalik gambar ini hanya yang tahu sahaja maksud itu akan memahami kenangan yang tidak akan pernah hilang dari ingatanku masih terasa lagi bagaimana pegangan tangan itu Tangan itu yang membesarkan aku tangan itu yang menyuapkan rezeki yang halal bersusah payah dan sanggup berkorban kais pagi makan pagi kais petang makan petang mahu melihat anak-anaknya berjaya dalam hidup Yang sentiasa menjaga keselamatan anaknya melindunginya dengan sedaya usahanya agar tidak berada dalam bahaya Pengorbanan yang amat perit hanya untuk melindungi dan menjaga keluarganya Maksud di sebalik itu membuatkan aku lebih belajar belajar untuk memahami segalanya erti kesusahan dan kepayahan erti kehidupanku Ungkapan itu membuatkan aku lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan hidup agar berjaya mengubah ke arah kesederhanaan dengan usaha dan tawakal k...

Eratkan Ukhuwah Dan Kasih Sayang

Image
Assalamualaikum                                                              Rebus ketupat dalam kuali                                                                       Apa kuahnya rendang kari                                                             Orang bersahabat di sana sini                                                             ...

Pengalaman Pahit Mengajarku Erti Kehidupan

Image
Assalamualaikum. Bismillahhirrahmanirrahim. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi nafas untuk melalui hari demi hari. Mengapa aku berkata............. " Pengalaman Mengajarku Erti Kehidupan " Kerana setiap apa kejadian yang berlaku ke atas diri kita adalah ujian daripada-Nya. Ujian yang datang menimpa kepada kita pasti pula ada hikmahnya yang tersendiri. Pada permulaannya memang pahit tetapi percaya lah di hujungnya pasti ada kemanisannya yang tersendiri. Pengalaman sama ada pahit ataupun manis yang di laluinya mengajar erti kehidupan yang sebenar. " Pengalaman itu mengajar aku " Setiap manusia pasti ada kenangan pahit dan manis sendiri kan? Korang pun mesti ada kan.....kenangan pahit dan manis sendiri Hargailah..... Tak semua orang mudah nak dapat rasa pengalaman. Pengalaman itu juga tidak boleh di jual beli. Pengalaman itu datangnya sendiri.  Bersyukur lah atas apa yang diberikan oleh-Nya. Tidak semua sama. Lain ora...