Di Sebalik Tangan Itu



Assalamualaikum



setiap perkara yang berlaku pasti ada maksudnya



**********

Aku memahami maksud itu
di sebalik gambar ini
hanya yang tahu sahaja
maksud itu akan memahami
kenangan yang tidak akan pernah
hilang dari ingatanku
masih terasa lagi
bagaimana pegangan tangan itu


Tangan itu yang membesarkan aku
tangan itu yang menyuapkan rezeki yang halal
bersusah payah dan sanggup berkorban
kais pagi makan pagi kais petang makan petang
mahu melihat anak-anaknya berjaya dalam hidup


Yang sentiasa menjaga keselamatan anaknya
melindunginya dengan sedaya usahanya
agar tidak berada dalam bahaya


Pengorbanan yang amat perit
hanya untuk melindungi
dan menjaga keluarganya


Maksud di sebalik itu
membuatkan aku lebih belajar
belajar untuk memahami segalanya
erti kesusahan dan kepayahan
erti kehidupanku


Ungkapan itu membuatkan aku
lebih bersemangat
untuk meneruskan perjuangan hidup
agar berjaya
mengubah ke arah kesederhanaan
dengan usaha dan tawakal kepada Allah


In shaa Allah
Allah pasti membantu umatnya
aku mahu berbakti kepada ibu bapaku


Lalu aku menjadi sebak
aku menahan air mataku
walaupun hati aku tidak tahan lagi
hendak menahannya
agar tidak berlinangan di pipiku
membasahi mataku


Lalu aku hanya mampu
senyum dan ketawa
agar ayahku tidak turut menangis
melihat aku


Aku mahu ayahku
senyum dan gembira
melihat anaknya berjaya dalam hidup


Akan aku berusaha sungguh-sungguh
untuk menggapai segulung ijazah
yang dapat memberi kegembiraan kepada ibu bapaku
bahawa merekalah yang mendidikku
menjadi seorang insan yang berjaya
dalam hidupnya


Pesanan ayah akan aku
selalu ingat dan tersemat di hatiku
menjadi pendorong kepadaku
agar aku berjaya menempuh
dugaan dan cabaran yang mendatang
agar menjadikan aku seorang
yang tabah dan sabar


Di sebalik pegangan itu
memberi sejuta maksud padaku
hanya pada Allah SWT sahaja
tempat aku berserah segalanya   :')


















Comments