Posts

Showing posts from January, 2015

3 Hal

Assalamualaikum Ada 3 hal dalam hidup yang tidak boleh kembali : waktu kata-kata kesempatan Ada 3 hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang : kemarahan keangkuhan dendam Ada 3 hal yang tidak boleh hilang : harapan keikhlasan kejujuran Ada 3 hal yang paling berharga : kasih sayang cinta kebaikan Ada 3 hal dalam hidup yang tidak pernah pasti : kekayaan kejayaan mimpi Ada 3 hal yang tidak pernah kita tahu : rezeki umur jodoh TAPI, ada 3 hal yang dalm hidup kita yang pasti : tua sakit kematian

Kolej MARA Kulim, Kedah

Image
Assalamualaikum. AKU rindu kolej MARA Kulim. Tempat pertama setelah aku tamat pengajian di sekolah menengah. Aku dapat tawaran ke program matrikulasi aliran sains. Lalu aku pilih untuk masuk matrikulasi sebab aku dapat pilihan UPU pilihan yang ke lapan, Sebenarnya aku dapat tawaran diploma kejuruteraan elektrik dan elektronik di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor. Politeknik premier tuu aku dapat...yang akan bertaraf universiti, Tetapi, disebabkan kata hati ku menyatakan kos itu tidak boleh ku bawa, jadi aku pilih untuk masuk program matrikulasi satu tahun di Kolej MARA Kulim. Aku taknak masuk matrik pada mulanya.....di atas sebab-sebab yang tertentu. Tapi aku masuk juga sebab tiada pilihan. Aku ubah mindset aku....yang sebenarnya program matrikulasi ini okay dan best, Lagi pun kolej tu dekat dengan rumah aku. Senang juga aku nak balik nanti....Takpe lah. Aku cuba buat yang terbaik. Aku belajar dan belajar. Dekat matrikulasi ni, ada pilihan untuk pilih modul. Ada 3 m...

Perbezaan Suka, Sayang dan Cinta

Setiap orang akan merasakan perasaan yang sama. Tetapi tidak semuanya sama dengan apa yang kita rasa. Ianya adalah fitrah manusia. Setiap suka, sayang dan cinta mepunyai perbezaan tersendiri. Kadang-kadang kita suka. Kadangkala kita sayang. Malah, adakalanya kita cinta. Akan tetapi, kita tidak boleh salah mentafsir setiap perasaan ini. SUKA SUKA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata, " dia sangat cantik menawan ". Pada saat orang yang kau sukai menyakitimu, maka kau akan marah dan tidak mahu lagi bicara padanya. Pada saat kau suka kepadanya, kau akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu. SUKA adalah apabila kau akan menemaninya bila itu dirasakan amat menguntungkan. SUKA adalah yang menuntut. SAYANG SAYANG adalah saat kau melihatnya, kau akan melihatnya dari hatimu dan bukan dari matamu. Pada saat orang yang kau sayangi menyakitimu, kau akan menangis untuknya. Pada saat kau sayang kepadanya, kau akan MEMBIARKANNYA untuk memilih. SAYANG adalah apabi...