Kolej MARA Kulim, Kedah


Assalamualaikum.


AKU rindu kolej MARA Kulim. Tempat pertama setelah aku tamat pengajian di sekolah menengah. Aku dapat tawaran ke program matrikulasi aliran sains. Lalu aku pilih untuk masuk matrikulasi sebab aku dapat pilihan UPU pilihan yang ke lapan, Sebenarnya aku dapat tawaran diploma kejuruteraan elektrik dan elektronik di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor. Politeknik premier tuu aku dapat...yang akan bertaraf universiti, Tetapi, disebabkan kata hati ku menyatakan kos itu tidak boleh ku bawa, jadi aku pilih untuk masuk program matrikulasi satu tahun di Kolej MARA Kulim. Aku taknak masuk matrik pada mulanya.....di atas sebab-sebab yang tertentu. Tapi aku masuk juga sebab tiada pilihan.


Aku ubah mindset aku....yang sebenarnya program matrikulasi ini okay dan best, Lagi pun kolej tu dekat dengan rumah aku. Senang juga aku nak balik nanti....Takpe lah. Aku cuba buat yang terbaik. Aku belajar dan belajar. Dekat matrikulasi ni, ada pilihan untuk pilih modul. Ada 3 modul. Modul satu untuk yang pure sains, modul dua untuk yang minat subjek Fizik dan ada tambahan Sains Komputer, tiada subjek Biologi. Modul tiga pula untuk yang minat subjek Biologi dan ada tambahan juga Sains Komputer, tiada subjek Fizik. Subjek Matematik, Englidh dengan Kimia adalah subjek wajib. Dekat kolej aku ni, ada prograam satu tahun je.


First, aku pilih modul tiga. Sebab macam aku minat Biologi je....hihi. So aku pilih je lah. And then, aku belajar seminggu modul tiga, aku tak boleh bawa sebab banyak yang kena hafal setiap langkah. Aku tensionn. Kemudian aku jumpa setiausaha peperiksaan, untuk tukar modul. Nasib baik boleh tukar. Aku ambil modul dua. Bawa Fizik. Fizik aku lebih minat....So aku bawa aliran sains fizik. Dah belajar-belajar, aku boleh bawa, tapi asyik stress ja aku waktu tu. Selalu jatuh sakit time tu, disebabkan stress yang agak menekan. Takpe lah, aku cuba yang terbaik. Tapi sebenarnya program matrikulasi ni sangat baik. Boleh sambung degree nanti. Akhlak dan sahsiah dekat kolej ni sangat terjaga. Aku suka suasana tu. Sangat best....tambahan lagi, makanan percuma dekat sini. Bagi adik-adik yang dapat tawaran matrikulasi dekat kolej ni, jangan lepaskan peluang.


Lecturer semua okay. Kalau tak faham, cepat-cepat jumpa lecturer. Lecturer semua baik-baik. Depa faham kita. Aku dah duduk kat Kedah, dah selalu cakap loghat Kedah hihi. Dalam pada yang sama, aku ada mohon untuk permohonan masuk diploma. Sebab aku nak buat backup kalau aku tak lepas matrik. Sebab aku tahu kemampuan aku takat mana. Aku stress....setiap hari aku akan mesej dekat ibu ayah. Aku pun tak tahu lah kenapa aku stress....Kawan-kawan aku semua okay. Dormate dengan roomate aku pun semua okay. Seriously, aku stress dekat matrik. Kawan-kawan aku banyak bagi semangat, kekuatan untuk aku teruskan lagi. Sebab setahun ja...aku sempat habiskan sem satu aku dekat matrik.






Tak lama kemudian, aku dapat tawaran daripada pihak UiTM. Aku dapat sambung diploma dalam bidang sains matematik. Alhamdulillah, aku dapat pilihan kos yang pertama aku pilih dulu. Bersyukur sangat aku pada waktu dapat berita tu. Lalu, aku bincang dengan keluarga, cikgu dan kawan-kawan semua. Aku dah buat keputusan untuk berhenti matrik dan sambung diploma. Alhamdulillah aku boleh bawa diploma. Ibu dan ayah aku gembira, aku belajar tak stress dah, Dah boleh belajar dengan selesa dan tenang, Aku jumpa kawan baru pula dekat UiTM. Tapi kawan-kawan lama aku dekat matrik, aku tak kan lupa kan. Banyak yang memberi semangat. Dan juga someone yang istimewa tu yang bagi nasihat yang sangat banyak, Hihhi, Dan itu adalah kali pertama aku duduk asrama. Sebelum ni aku cuma ulang alik ke sekolah. Sebab aku tak nak duduk asrama. Memang kenangan yang manis bagi aku sewaktu berada dekat situ selama 6 bulan. Aku sayang sangat kawan-kawan aku. Cikgu pun banyak bagi semangat dekat aku.


So, aku start life baru dekat universiti. Aku happy. Dengan berkat doa ibu dan ayah, kawan-kawan dan family, alhamdulillah aku baik-baik di sana, Allah sentiasa ada di sisi kita :) InshaaAllah. Amin







Comments

  1. number wasap plisss..urgent

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf reply lambat. Tak selalu on email. Busy sikit lately ni. kenapa ye?

      Delete

Post a Comment