Pesan Kakak Kepada Adik
Bismillahirrahmanirrahim Di suasana petang sambil melihat langit Adik : Wahai Kakakku. Kenapa lemah sungguh kaum HAWA itu? Asyik berteman dengan tangisan dan sedunya sahaja. Kakak : Wahai Adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tetapi di situlah wahai adikku, kekuatan boleh meleburkan ego seorang lelaki menjadi izzah yang paling gah bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki kerana sedu rayunya. Nabi Musa A.S terselamat dari kekejaman Firaun. Wahai Adikku...Lembut wanita itu bukan lemah namun ianya adalah senjata. Adik : Namun wahai kakakku. Wanita itu fitnah dunia. Kakak : Pernahkah adik mendengar pesanan ILAHI terhadap hambanya? Wahai lelaki-lelaki yang beriman. Tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu. Cuba adik nilai. Pada siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesananNya? Pada hamba yang bergelar Ar-Rijal. Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya. Maka tidak mungkin terlihat akan wanita ya...