Terima Aku Seadanya



Bismillahirrahmanirrahim






Mengapa terus menanti yang tak sudi?
Mengapa biarkan hati terus dilukai begitu sahaja?
Mengapa terus berharap pada yang tidak pasti?


Jika Niatnya sudah baik
Terima sahaja pada yang ikhlas memperisterikan dirimu
Yang dirimu dia mengambil peduli walaupun dirimu banyak kekurangan
Malah hatinya tulus mencintai dirimu dengan ikhlas


Yang kerana cintanya pada Ilahi.
Melayakkan dia bergelar seorang suami.


YA
Aku terima dirinya dengan setulus ikhlas hatiku
Walaupun dia bukan seperti putera yang diimpi
Kekuranganku akan dilengkapi oleh dia
Aku bersyukur dapat mengenali dia


Sekiranya dia dapat memahami aku
Itu sudah cukup bagiku untuk menerima dirinya


Walaupun banyak liku-liku kehidupan di dunia untuk sampai ke penghujungnya
Akan tetap aku harungi untuk sampai ke penghujungnya


Dengan adanya ALLAH di sisiku
Aku menjadi kuat untuk tempuhi dugaanNya dengan tenang
Ujian itu datang daripada Allah dan Allah juga yang memberi penyelesaiannya


Jika TUHAN sudah takdirkan diriku dengan dirinya
Ia tidak akan ke mana walaupun sejauh mana perginya
Ia tetap akan kembali bersama kepada Jodohnya


Usaha dan Tawakal
Jodoh Itu RAHSIA Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu











Comments