Jika Merindu Di Jarak Berjauhan
Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim
" Ya Allah, aku rindukannya keranaMu Ya Allah. Jauhkan daku dari perkara yang membuatkan aku jauh dariMu. Aku semakin mengerti JARAK ini bukan untuk menghukumku tetapi JARAK ini untuk MENJAGA aku dan dia "
> Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik
> Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi
> Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya
> Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi
> Dan dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti,
aku dan dia LEBIH BERSEDIA untuk menempuh semua ini dengan jalan yang diredhaiNya
Terima Kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini.
Terima Kasih Ya Allah kerana memberi CINTA JARAK KEJAUHAN itu kepada aku dan dia.
" TIDAK PAYAH bersentuhan TANGAN kerana mereka sudah bersentuhan HATI. TIDAK PAYAH berbalas KERLINGAN MATA kerana mereka sudah pun berbalas DOA "
- Ustaz Pahrol Mohd Juoi -
" Distance Never Seperates Two Hearts That Really Care "

Comments
Post a Comment