Pesan Kakak Kepada Adik



Bismillahirrahmanirrahim


Di suasana petang sambil melihat langit







Adik :

Wahai Kakakku. Kenapa lemah sungguh kaum HAWA itu?
Asyik berteman dengan tangisan dan sedunya sahaja.


Kakak :

Wahai Adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya.
Tetapi di situlah wahai adikku, kekuatan boleh meleburkan ego seorang
lelaki menjadi izzah yang paling gah bahkan lebih gah dari egonya
seorang lelaki kerana sedu rayunya.
Nabi Musa A.S terselamat dari kekejaman Firaun.
Wahai Adikku...Lembut wanita itu bukan lemah namun ianya adalah senjata.


Adik :

Namun wahai kakakku. Wanita itu fitnah dunia.


Kakak :

Pernahkah adik mendengar pesanan ILAHI terhadap hambanya?
Wahai lelaki-lelaki yang beriman.
Tundukkanlah pandanganmu dan tutupkanlah auratmu.
Cuba adik nilai. Pada siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesananNya?
Pada hamba yang bergelar Ar-Rijal. Kerana andai si lelaki
menjaga pandangannya. Maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang
menjadi fitnah pada dirinya
Dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita agar memelihara auratnya.
Kerana di situlah kehormatannya. Bukan fitnah semata-mata jikalau
Ar-Rijal dan An-Nisa' sama-sama mematuhi pesanan ILAHI itu.
Sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu lebih baik
daripada ribuan lelaki yang soleh.


Adik :

Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan?
Tidakkah mereka berasa malu?


Kakak :

Wahai adikku sayang ( AL-HAYA' ) _ sifat malu
Ada dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani.
Dan Al-Haya itulah menjadi pakaian iman.
Pada diri wanita itu indah Al-Haya sebagai pembenteng diri.
Namun bila mana Al-Haya itu lebur, imannya runtuh.
Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan?
Kerana mereka sebenarnya PARANOID.
Merasakan diri belum cukup menarik.
Mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi.
Namun adikku....
Wanita solehah itu pasti melindungi dirinya dari melakukan
perbuatan murahan itu..
Wahai adikku....
1001 keindahan penciptaan Wanita
Pandai-pandailah dikau menilai.....
Antara PERMATA dan DEBU-DEBU KILAUAN PASIR
Wahai adikku....
Janganlah adik gusar. Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu.
Dan jangan engkau sekali-sekali merendahkan dirimu
menggugurkan diri menyembah tanah
Sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan begitu TINGGI MARTABATMU



Comments