Perbezaan Suka, Sayang dan Cinta




Setiap orang akan merasakan perasaan yang sama. Tetapi tidak semuanya sama dengan apa yang kita rasa. Ianya adalah fitrah manusia. Setiap suka, sayang dan cinta mepunyai perbezaan tersendiri. Kadang-kadang kita suka. Kadangkala kita sayang. Malah, adakalanya kita cinta. Akan tetapi, kita tidak boleh salah mentafsir setiap perasaan ini.





SUKA

  • SUKA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata, " dia sangat cantik menawan ".
  • Pada saat orang yang kau sukai menyakitimu, maka kau akan marah dan tidak mahu lagi bicara padanya.
  • Pada saat kau suka kepadanya, kau akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
  • SUKA adalah apabila kau akan menemaninya bila itu dirasakan amat menguntungkan.
  • SUKA adalah yang menuntut.




SAYANG
  • SAYANG adalah saat kau melihatnya, kau akan melihatnya dari hatimu dan bukan dari matamu.
  • Pada saat orang yang kau sayangi menyakitimu, kau akan menangis untuknya.
  • Pada saat kau sayang kepadanya, kau akan MEMBIARKANNYA untuk memilih.
  • SAYANG adalah apabila kau akan menemaninya pada saat dia amat memerlukan.
  • SAYANG adalah hal memberi dan menerima.




CINTA
  • CINTA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata, " buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku..." 
  • Pada saat orang yang kau cintai menyakitimu, kau akan berkata, " tidak mengapa, dia hanya tidak tahu apa yang dia lakukan ".
  • Pada saat kau cinta kepadanya, kau akan selalu MENANTINYA dengan setia dan sangat tulus.
  • CINTA adalah apabila kau akan menemaninya walau pada saat bagaimanapun keadaanmu.
  • CINTA adalah hal yang memberi dengan sepenuh rela.





Comments