Eratkan Ukhuwah Dan Kasih Sayang
Assalamualaikum
Rebus ketupat dalam kuali
Apa kuahnya rendang kari
Orang bersahabat di sana sini
Tidak luput harumnya di hati
Seronoknya memiliki kawan yang ramai.
Lebih-lebih lagi
kawan yang bukan sahaja boleh menjadi
Sahabat semasa
gembira,
Bahkan semasa sedang berduka.
Kawan yang menegur
apabila kita berbuat salah dan memberi dorongan apabila kita berbuat baik.
Pintalah kepada
Allah SWT agar dipelihara-Nya ukhuwah dan kasih sayang yang terjalin itu dengan
selalu berdoa :
" Ya Allah, Perelokkanlah hubungan di antara kami dan mesrakanlah di antara hati - hati kami. Tunjukkanlah kami jalan yang selamat "
Apabila kita keluar
bersama kawan-kawan,
Di ingatkan supaya
menjaga akhlak dengan kawan-kawan.
Jangan buat apa
yang kawan-kawan tidak suka,
Sepertimana juga
kita tidak mahu kawan-kawan buat apa yang kita tidak suka.
Terdapat sebaris doa yang diambil daripada Al-Quran :
'' Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kedengkian di dalam hati-hati kami terhadap orang - orang beriman "
Kedua-dua doa ini
juga sangat baik diamalkan untuk mengeratkan lagi kasih sayang dalam keluarga
dan sesama sanak-saudara.
Mudah-mudahan kita
semua diberkati oleh-Nya
p/s : on the way nak pegi kantin kan syahirah ?
* heee, maafkan saya *
jalan straight jaa
kantin berada jauh dengan kelas kami
* haha
Wassalam :)


Comments
Post a Comment