Duhai Hati
Bismillahirrahmanirrahim
" Duhai Hati...................... "
Usah bersedih di kala rasamu tidak tertunai
Ingat
Siapa yang memegang kamu
Semestinya bukan aku
Tetapi DIA
Tuhan kita yang menciptakannya
Bergantung sahaja pada-Nya
Bukankah Dia itu sebaik - baik penjaga ?
Yakin, itu kuncinya.
Aku mahu kamu kuat
Aku mahu kamu tabah
Aku harap kamu tidak lagi rapuh
Aku ingin kamu sentiasa segar dalam ingatan kepada-Nya.
Janji dengan aku yaa hati ?
Kamu boleh menghadapinya
Berbekalkan dengan usaha kamu
Dan tawakal kepada-Nya
Redha dengan ketentuan-Nya
In shaa Allah
Kita sama - sama saling menjaga yaaa ?
Bagaimanapun hati
Aku kagum denganmu
Betapa besarnya Kuasa Allah SWT
Sungguh hebat Allah menciptakan kamu
Bagaimana Dia boleh membuat hati yang sekuat dan setabah ini
Yang mampu untuk menanggung beban yang terlalu berat ?
SubhanaAllah ! Kuasa Allah SWT :')

Comments
Post a Comment