Pengalaman Pahit Mengajarku Erti Kehidupan



Assalamualaikum.
Bismillahhirrahmanirrahim.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi nafas untuk melalui hari demi hari.






Mengapa aku berkata............." Pengalaman Mengajarku Erti Kehidupan "


Kerana setiap apa kejadian yang berlaku ke atas diri kita adalah ujian daripada-Nya.
Ujian yang datang menimpa kepada kita pasti pula ada hikmahnya yang tersendiri.
Pada permulaannya memang pahit tetapi percaya lah di hujungnya pasti ada kemanisannya yang tersendiri.


Pengalaman sama ada pahit ataupun manis yang di laluinya mengajar erti kehidupan yang sebenar.

" Pengalaman itu mengajar aku "


Setiap manusia pasti ada kenangan pahit dan manis sendiri kan?
Korang pun mesti ada kan.....kenangan pahit dan manis sendiri

Hargailah.....
Tak semua orang mudah nak dapat rasa pengalaman.
Pengalaman itu juga tidak boleh di jual beli.

Pengalaman itu datangnya sendiri.


 Bersyukur lah atas apa yang diberikan oleh-Nya.
Tidak semua sama. Lain orang lain pengalamannya.
Tetapi kita boleh belajar daripada pengalaman mereka.
Kita boleh jadikan pengalaman tersebut sebagai iktibar


" Belajarlah dengan pengalaman sendiri walaupun pahit rasanya "


Daripada pengalaman tersebut,
Ianya mengajar kita supaya lebih dekatkan diri kepada Maha Pencipta
Menambahkan lagi tahap keimanan kepada-Nya.

Mungkin ada hikmahnya tersendiri.
Hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui apa hikmahnya

Apa yang berlaku,
Itu semua Allah yang aturkan.
Kita sebagai hamba-Nya banyakkan berdoa pada-Nya
Agar dipermudahkan segalanya

Jangan cepat berputus asa !
Sabar dengan dugaan dan ujian-Nya.
Allah sentiasa ada dengan kita.
Susah senang Allah sahaja yang tahu bagaimana.


" Lebih banyak ujian yang datang menimpa,
Lebih banyak pula kemanisan bakal diberi oleh Allah "

Tetapi harus disusuli dengan usaha dan semangat yang tidak mengalah.
Tawakal pada-Nya.
InsyaAllah, Allah pasti beri kemanisan dan kebahagiaan-Nya.
Allah itu Maha Adil.

Jangan mengungkit atas apa yang berlaku,
Kelak Allah akan menarik semula kemanisan-Nya.
Bersyukurlah kita atas nikmat-Nya.

Mungkin ada sebabnya kenapa Allah beri kepahitan kepada kita pada mulanya,
Tetapi pada hujungnya nanti pasti ada kebahagiaan dan kemanisannya.
Percaya dan yakinlah dengan Allah


" Tuhan mengizinkan kita disakiti agar esok kita tahu cara untuk mengubati orang yang terluka. Tuhan membuatkan kita menangis agar esok kita mampu untuk menghiburkan orang yang bersedih. Tuhan menjadikan manusia dengan kelebihan dan kekurangan agar kita sedar dan tahu bahawa dengan hanya BERDOA DAN BERUSAHA, Tuhan akan menjadikan segalanya indah pada waktunya nanti "  


















Comments