Mengejar Impian
Assalamualaikum and hai!
16hb APRIL 2018 tersebut merupakan hari konvokesyen. So tamat laa zaman diploma aku. Alhamdulillah aku boleh dan mampu tamat diploma dengan izin-Nya
Di sebalik kejayaan tersebut, banyak dugaan yg mendatang menguji ketika nk habis kan belajar diploma. Susah senang ketawa menangis semuanya ada. Stay up, mata panda, mata lebam, tidur lambat, kelas cancel, test, kuiz, tak cukup tidur, projek, siang malam tak cukup rehat, demam, kurang makan dan stress semua tu kenangan yang manis waktu zaman belajar. Dulu sedih sebab tak dapat sambung diploma dgn kawan-kawan sekali sebab aku masuk kolej matrikulasi. Aku belajar di matrikulasi tak lama sebab aku tak boleh nak belajar. Aku stress sampai jadi kurus gila. Aku bawa modul sains fizik di matrikulasi. Mula-mula tu okay belajar, tapi dari hari ke hari, aku tak tahu kenapa aku tak boleh bawa. Aku selalu sakit ketika belajar di matrikulasi. Aku tawakal dan redha buat keputusan sebab aku dah tak mampu, aku apply diploma senyap-senyap sebab aku memang tak mampu nak bersaing dan teruskan pengajian dekat matrikulasi.
Tak lama kemudian result keluar, alhamdulillah aku dapat sambung pengajian diploma walaupun aku dah rugi masa dekat masa situ. Sekarang aku dah sambung diploma, rasa bersyukur sangat sebab dapat belajar balik. Diploma in Mathematical Science. Takpe lah kita mula daripada bawah balik. Aku tak berputus asa sebab belajar itu sebenarnya sambung belajar ke peringkat universiti itu adalah impian yang besar bagi mak dengan ayah aku. Aku anak sulung daripada 6 adik beradik. Aku lahir dari kehidupan yang susah. Jadi akulah impian mereka. Kos yang aku pilih itu memang minat aku walaupun aku rasa macam susah juga. Aku cuba belajar dan bawa kos tu bersungguh-sungguh sampai boleh. Kerana aku yakin, Tuhan selalu ada. Mak ayah aku redha dengan keputusan aku.
Zaman diploma, aku mula kenal persekitaran dan persepsi orang. Aku mula bergaul dengan kawan-kawan yang baru. Tak sebaya, lain negeri, lain pemikiran dan semua tu. Alhamdulillah kawan-kawan semuanya okay. Mereka seperti aku, semuanya kawan baru. Mula kenal orang dan belajar mengenai kehidupan. Aku mula belajar berdikari apabila berjauhan dengan family. Selama 3 tahun belajar jauh, banyak pengalaman pahit dan manis aku belajar.
Alhamdulillah, aku dah sampai tahap ni dengan izinNya. Benarlah kata orang, belajar ni satu jihad juga kerana Allah. Tanpa doa dan restu, kehidupan tak tenang. Mencari keredhaan Allah dalam niat belajar itu adalah penting untuk capai sesuatu tahap.
Walaupun hanya skrol diploma, ianya satu nilai kejayaan untuk family aku. Pahit manis usaha ada ganjarannya.. Buat adik-adikku, kalau kita bahagiakan hati mak dan ayah kita, pasti Allah tolong. Benarlah, setiap inci nilai kesusahan itu ada nilai kebahagiaan yang Allah dah tentukan.
- Sekian -

Comments
Post a Comment