Kerna Dia Bergelar Seorang Sahabat
Assalamualaikum
Have A SMILE Pretty And Cute :)
Kisah ini mengenai seorang sahabat yang baik .
Mereka bersekolah di sekolah yang sama .
Nabila dan Syuhada
Kami berdua pergi keluar bersama-sama . Kami berdua selalu keluar bila ada time free ja . Time petang , kalau tak ada aktiviti apa-apa , kami keluarlah sekejap . Kami berdua sealiran bidang tetapi berlainan kelas . Kekadang kami jarang berjumpa di sekolah . Sebab jadual kami yang berlainan waktu rehat dan balik sekolah . Kelas Nabila waktu balik awal manakala kelas Syuhada pula waktu balik lambat sedikit . Tetapi itu tidak menjadi masalah bagi kami walaupun kami berlainan kelas . Persahabatan tetap persahabatan . Kami kenal dari form 1 . Pada masa tu , kami berdua pun berlainan kelas hingga form 5 . Tapi kami sealiran sewaktu form 4 dan form 5 .
Di suatu petang ,
aku menemani Nabila yang ingin membeli buku latihan untuk subjek teras dan elektif . Dia mengajak aku untuk menemaninya membeli buku tersebut . Lalu , pada waktu petang itu pun aku pun pegi lah keluar dengannya . Setelah selesai membelinya , kami berdua pergi makan dekat area pekan tu . Lagi pun kami da lama tak berjumpa . Banyak cerita yang kami berdua kongsi-kongsi sama ada cerita suka dan duka .
Sewaktu tengah seronok kongsi cerita suka dan duka , aku terharu mendengar kata-katanya .
Sedang aku tengah makan wedges , aku tergamam dan terharu dengan kata-katanya .
Nabila : Ampa lah kawan kami yang paling kami rapat . Dengan kawan kami dalam kelas kadang kami
tak berapa rapat sangat . Dengan hang jaa kami rapat . Nak cerita , nak luahkan semuanya kami
berani bagitahu dekat hang jaa .
Syuhada : Ehh ? Betul ke nih ?
Nabila : Betul . Sebab hang jenis memahami . Sama-sama dapat faham .
Syuhada : Sebenarnya , kami pun kadang begitu juga . Sebab kita sama-sama faham dengan keadaan ni .
Kita boleh kongsi-kongsi cerita . Memang tak mudah untuk orang lain memahami situasi kita .
Masalah yang kita hadapi hampir-hampir sama . Kalau kami nak cerita masalah apa-apa dekat
hang boleh tak ? Nanti kalau hang nak cerita apa-apa dekat kami , cerita jaa . Kami open
mind ja . Sebenarnya kami amat menghargai orang yang dapat memahami situasi kami macam
mana .
Nabila : Kami tak kisah kalau orang yang nak berkawan dengan kami . Kalau nak kawan , kawan ja lah .
Tapi kami selalu rapat dengan hang jaa .
Syuhada : ( Senyum ) In shaa Allah . Terima kasih yaa sebab anggap kami sahabat hang
Nabila : ( Hanya tersenyum )
Lepas tu , aku mula berkongsi cerita dengan lebih dalam . Nabila pun berkongsi cerita dengan aku lebih dalam lagi .
* Bukan air pepsi yee , tapi air revive di dalamnya . Cuma cawannya sahaja Pepsi , hihhi
Selama nih , aku tak tahu mengenainya . Baru hari ini aku dapat tahu . Dulu , aku anggap mungkin Nabila anggap aku sebagai kawan biasa . Namun sebaliknya , lain dengan apa yang aku sangkakan . Aku terharu dengannya . Sebenarnya bagi aku , sesiapa yang berkawan dengan aku , aku akan anggap semuanya sahabat dan kawan aku . Mungkin bagi sesetengah orang lain . Aku suka berkawan . Tetapi aku nihh , jenis pendiam kalau aku bergaul dengan kawan-kawan . Aku hanya menjadi pendengar bagi setiap cerita-cerita mereka . Aku tahu tak mudah bagi orang lain nak jadi kawan or sahabat aku . Keadaan aku berbeza . Tetapi aku tidak menganggap itu halangan . Tetapi itu adalah anugerah Allah SWT . Aku bersyukur dengan Pemberian Allah SWT .
Di sudut hati kecil aku , aku sebenarnya ingin sekali nak menggembirakan hatinya . Dia anak yatim . Aku ingin sekali nak gembirakan hati dia . Aku nampak kesedihan dan kedukaan yang dia hadapi seperti masalah di sekolah walaupun dia tak memberitahu aku . Walaupun aku nampak dia selalu happy and biasa jaa pada luaran tetapi sebenarnya aku dapat rasa yang dia selalu bersedih . Walaupun kedukaan yang dia tanggung tidak dipancarkan melalui perwatakan dan dalam bicaranya , namun aku dapat lihat dari riak wajahnya yang manis . Dia seorang sahabat yang baik . Dari segi perwatakannya , dia baik dan memahami . Dia comel dan cantik ! Segak orangnya .
Kerna dia bergelar seorang sahabat kepada ku , akan aku cuba sedaya upaya untuk menjadi seorang sahabat yang baik kepadanya . Walaupun keadaan fizikal aku berbeza daripada orang lain , aku akan cuba berusaha untuk menjadi sahabat yang baik . Aku tahu tak semua orang sempurna . At least , mungkin ada satu dua kelemahan diri , wallahualam .
Bagi Nabila pula , Nabila berkata yang dia tidak kisah dengan semua itu . Yang pentingnya , keikhlasan hati yang tulus daripada seseorang . Kalau budi bicaranya baik , in shaa Allah akhlaknya juga baik .
Aku gembira dengan Nabila . Aku berharap persahabatan ini kekal hingga akhirat . Friend Till JANNNAH . In shaa Allah . Semoga Allah melindungi kita semua . Sama-sama merenung diri ke diri . Tiada apa yang berbeza . Cuma isi hati ja yang berlainan .
**************************
Thanks to all yang sudi membaca kisah ini . Semoga boleh ambil iktibar yang baik daripada kisah ini .
P/S :
- Persahabatan boleh terjalin jika adanya keikhlasan yang tulus dari hati . Tidak perlu mengira darjat atau
pangkat mahupun status , kerna kita semua adalah sama di sisi Allah SWT . Cuma isi hati dan amal yang
berlainan .
- Saling mengasihi dan sayang sesama manusia kerana Allah .
- Jangan terlalu mementingkan diri .
- Perbuatan yang baik akan di balas dengan yang baik .
- Sentiasa ingat Allah SWT dalam setiap masa .
Wassalam

Comments
Post a Comment