Jangan Di Hina Yang Cacat Itu



Assalamu alaykum :)


                                                                                                      indah mata memandang   *





Jangan di hina yang cacat itu ,
kelak diri sendiri yang akan kena .

Tidak kira sama ada pada manusia mahupun barangan ,
Ataupun isi alam ini ,
Jangan di hina pada yang cacat itu .

Perbezaan ,
Kecacatan atau kekurangan yang terlihat secara zahir ,
Jangan sesekali menghina .

Akan sempurna ,
Apabila saling melengkapi bersama
Niat hanya kerana Allah .

Tetapi ,
Jika seseorang itu tetap menghina yang cacat itu
walaupun secara zahirnya dia memahami ,
Di situ dia telah menunjukkan betapa rendahnya akhlak .
Sudah sempurnakah dirinya untuk menilai dan menghina sesuatu yang cacat ?

Sebaliknya ,
Yang cacat itu mungkin akan memberi kebahagiaan suatu hari nanti .
Mungkin masanya bukan sekarang .
Mungkin di penghujungnya nanti .

Sabar ,
Datangnya bersama kemanisannya .

Secara fizikalnya ,
Pandangan pada luaran memang berbeza sekali .

Tetapi ,
Dalam hati siapa yang tahu ?
Hanya ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui .

Oleh itu ,
Setiap manusia perlu menjaga akhlaknya sendiri .
Kerna setiap perbuatan dan tingkah laku kita sedetik pun ,
Allah tetap Mengetahui .
Apa yang ada di isi hati juga ,
Allah Maha Mengetahui .

SubhanaAllah .










Thanks Reading .
SEKADAR RENUNGAN -

 Sekiann

Comments