Genggaman Tangan Seorang Guru
Salam .
Kali nih , nak share tentang suatu kisah . Harap-harap boleh ambil iktibar dari kisah ini .
Yang mana baik jadikan teladan , sebaliknya jadikan sempadan .
" maybe tomorrow "
***************
Aku terbaca suatu kisah .
Kisahnya menyentuh hatiku
bila menghayati kisah tersebut .
Dia seorang perempuan .
Kisahnya menyentuh hatiku
bila menghayati kisah tersebut .
Dia seorang perempuan .
Dan kisahnya bermula begini ,
Kalo menjadi seorang pelajar , pasti ada pengajarnya tak kira sama ada di sekolah mahupun di tempat pengajian .
" Aku adalah pelajar sekolah "
Setiap hari aku akan ke sekolah . Belajar dan fahamkan konsep topik-topik subjek tersebut . Tetapi kekadang aku tak berapa faham . Aku nih malu nak bertanya dengan cikgu sebab aku takut cikgu marah kalo aku bertanya . Tapi dah lama-lama tu kalo tak tanya , tak berapa nak faham lah jawabnya . Nak tanya kawan ? Kawan pun macam nak taknak jaa tolong terangkan . Tapi aku tak kisah sangat ngan kawan-kawan . Aku faham dengan kawan-kawan aku. Aku belajar sendiri ja kat rumah . Kalo tetiba aku tension , aku ingat Allah dan berdoa pada Allah supaya aku dapat tenangkan diri aku semula . Kekadang aku akan keluar pegi taman atau tengok keindahan alam yang menghijau . Kerna di situ, aku dapat tenangkan fikiran aku dengan melihat keindahan alam yang dicipta oleh Allah . SubhanaAllah ! Betapa indahnya alam ini . Kuasa Allah SWT . Begitu lah rutin harian aku .
Suatu hari ,
Tanpa ku duga , sesuatu perkara menimpa aku sewaktu di dalam kelas. Satu kelas tahu tentang aku . Ya Allah , betapa aku sedih dan malu dengan kekawan . Semua rakan sudah mula memandang serong kepada aku . Tapi aku terdesak waktu tu dan terpaksa . Aku tak duga pun perkara tu berlaku .
Aku tak sempat nak beritahu tentang apa sebabnya . Hanya kawan baik aku sorang tu sahaja yang mengetahuinya . Hanya kawan baik aku seorang sahaja yang mendukung aku di belakang sewaktu aku jatuh dan tiada semangat nak bangun . Aku memang dah lemah semangat sejak kejadian hari tu . Kawan baik aku yang tolong pulihkan semangat aku untuk tabahkan diri . Mungkin ini semua ujianNya , sabar dan redha . Life must go on !
Aku terkejut sampai cikgu kaunseling aku pun tahu . Tapi cikgu kaunseling aku tak marah aku apa-apa. Aku takut kalau-kalau cikgu kaunseling aku marah . Tapi lepas aku dah terangkan segalanya , cikgu kaunseling aku memahaminya . Cikgu kaunseling kenal aku macam mana . Aku terharu bila cikgu cakap yang " Cikgu kenal kamu . Kamu nak periksa PMR tahun ni . Kamu tak kan buat macam tu kan ? " Aku mengangguk , kerna aku tak akan berbuat macam tu . Cuma aku terpaksa sahaja waktu itu . Waktu tu , aku genggam tangan cikgu aku dengan penuh kekuatan . Aku dapat rasa kekuatan dan semangat yang cikgu beri . Air mata aku dah berlinangan sebab aku rasa macam cikgu sahaja yang faham aku ketika tu . Aku rasa semangat siked sebab ada cikgu yang dukung aku dari belakang . Ibu bapaku tiada mengetahuinya . Aku langsung tidak beritahu ibu bapaku . Kerna aku tidak mahu menyusahkan ibu bapaku memikirkannya .
Dan sejak hari tu , aku dah mula semangat nak belaja semula . Hati aku da mula kuat . Aku redha . Mungkin apa yang berlaku pasti ada hikmahnya . Aku redha dengan ketentuan Allah SWT . Genggaman tangan seoranng guru itu membuatkan aku lebih bersemangat untuk belaja . Aku juga tidak lupa kepadaNYA yang telah memberi aku kekuatan dan ketabahan hati dalam menempuh dugaannya .
Aku menempuhi hari-hari yang mendatang dengan penuh kesabaran dan ketabahan hati . Hanya kepadaNYA aku berserah . Hari peperiksaan PMR dah semakin hampir . Aku menjawab semua kertas peperiksaan dengan yakin dan tenang . Hanya padaNYA aku berserah . Setelah selesai menjawab setiap kertas peperiksaan , aku tawakal pada Allah . Aku serahkan segala-galanya pada Allah . Biar Allah yang menentukan hasilnya . In shaa Allah . Mudah-mudahan .
Pada hari keputusan sebenar keluar , aku tidak menyangka keputusan yang aku dapat . Alhamdulillah ! Syukur pada Allah . Segala usaha yang di usahakan berhasil . Alhamdulillah :) I got 7A 1B in PMR result .
Lalu , aku berjumpa dengan cikgu kaunseling aku . Cikgu kaunseling aku tersenyum melihat keputusanku . Aku berterima kasih kepada cikgu kaunseling ku. Tidak lupa juga kepada guru yang mengajar dan rakan-rakan yang selalu memberi sokongan dan semangat . Aku bersyukur dengan pemberian Tuhan .
Kemudian , aku terus pulang ke rumah . Waktu itu cuma ibuku yang mengetahui yang aku keluar pegi ke sekolah untuk ambil result . Ayahku waktu itu sibuk dengan pekerjaannya . Jadi , aku tidak mahu untuk mengganggu ayah ku . Setibanya aku di rumah , aku terus memeluk ibuku dengan penuh kegembiraan . Ibuku hanya tersenyum sahaja :)
Kemudiannya ayahku meyapa diriku .
Aku hanya tersenyumm pada ayahku . Ayahku bertanya " Dapat berapa kak ? "
Aku menunjukkan slip result tersebut kat ayahku . Ayahku tersenyum sambil menitis air mata melihat keputusan itu . Ayahku terharu dengan ku . " Hilang rasa penat abah tengok nih walaupun keja banyak kat kilang tu . Bagi abah , cukuplah sekadar tengok hang berjaya dalam hidup . Belajar rajin-rajin " . Aku terharu dengan kata-kata ayahku . Kata-kata itu membakar semangat aku . Semangat aku hendak belajar semakin kuat di samping ada sokongan dan dorongan daripada ibu bapaku yang tersayang . " Aku akan berusaha dan belajar bersungguh-sungguh " , berkata aku di dalam hati . Lalu , aku memeluk ayahku dengan erat sekali . Aku gembira tengok ayah dengan mak aku gembira :')
Alhamdulillah . Syukur pada Allah
Kisah di waktu form 3 biarkanlah berlalu . Usah dikenang lagi . Jadikan sebagai iktibar . Kehidupan mesti diteruskan . Terima kasih kepada guruku yang telah membimbing aku di waktu form 3 . Mungkin ada hikmah di atas apa yang berlaku . Yakin pada Allah . Ingat pada Allah selalu pada setiap detik . Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya . Gengggaman tangan seorang guru itu memberi semangat kepadaku di samping sokongan dan dorongan daripada ibu bapaku . Ini bermaksud , guru dan ibu bapaku mahu aku berjaya dalam hidup dan meneruskan kehidupan dengan baik dan tenang .
Terima kasih mak ayah dan cikgu ! Tidak lupa juga kepada kawan-kawanku yang sering membantu aku ketika susah dan senang .
Tahun depan aku da nak masuk form 4 .
Kehidupan di form 4 da lain pula . Akan mengikut aliran masing-masing .
Ada subjek teras dan elektif . Aku memilih aliran sains . Aku tahu subjeknya agak susah kerana subjek elektifnya adalah Biologi , Kimia , Fiziki dan Matematik Tambahan . Tapi apa pun , aku akan berusaha sedaya upaya aku untuk berjaya . Usaha dan doa serta tawakal pada Allah . In shaa Allah . Sekarang , aku tengah fokuskan kepada SPM .
Doakan aku yaa .
Pengajaran buat yang sudi membaca daripada kisah ini adalah janganlah menganggap sesuatu perkara yang berlaku tiada sebab . Ketentuan Allah . Pasti ada hikmahnya . Mungkin hikmahnya Allah tak tunjuk waktu tu , kemungkinan pada masa yang sesuai . Sabar banyak-banyak . In shaa Allah , pasti Allah akan beri . Tambahan lagi , ujian itu untuk menguatkan iman kita . Jangan mudah mengalah . Kuatkan semangat . Dan yang paling penting sekali , ingat Allah selalu . Jangan sesekali lupa . Solat juga jangan lupa . Jika kita ingat Allah , Allah akan ingat kita . In shaa Allah :)
BIAR KITA HILANG " SESUATU " KERANA ALLAH .
JANGAN KITA " KEHILANGAN " ALLAH KERANA SESUATU .
***************
Wassalam

Comments
Post a Comment