Jodoh Itu Rahsia Allah
Assalamualaikum
Have A Smile Pretty , Handsome and Cute :) Allah Loves You
Jodoh Itu Rahsia Allah
Jodoh Itu Sebenarnya Panjang
♥ Rasa ingin mencintai dan dicintai itu adalah satu fitrah bagi manusia.
Cinta seorang jejaka kepada wanita dan begitulah sebaliknya. Pelik kiranya seorang yang normal tiada rasa cinta.
Namun, tiada cinta yang diredhai Allah antara lelaki dan wanita sebelum adanya ikatan yang sah.
Tidak salah jika kita sukakan seseorang. Tetapi, batas-batasnya hendaklah dijaga. Kalau kita cinta dan sayangkan seseorang, eloknya tidak diluahkan. Bimbang nanti Allah akan kurangkan rasa itu. Sebaiknya berdoalah, agar hubungan yang dibina berakhir dengan satu ikatan perkahwinan. Kiranya kita sudah serius untuk hidup bersama dengannya, perkemaskan diri, bersedia untuk menggalas tanggungjawab dan bawalah berbincang untuk ke langkah yang seterusnya iatu ijab dan kabul.
Sesungguhnya tiada nikmat yang paling besar dalam perhubungan antara lelaki dan wanita iaitu perkahwinan. Kerana melaluinya sahaja semuanya menjadi halal. Apa yang penting, soal jodoh serahkan sahaja pada Allah. Gantungkan harapan hanya pada-Nya.
" Andai benar cinta itu kerana Allah, biarkanlah Allah yang mengatur segalanya hingga keindahan cinta itu datang pada waktunya "
Sebaiknya, jika kita mencintai seseorang belajarlah untuk lebih mencintai Sang Pemberi Cinta.
Doa dan tawakal :) Bersabar
Jika dirinya sudah ditakdirkan untuk kita, tak akan lari gunung dikejar.
Jangan risau, Allah mesti jodohkan dengan orang-orang yang hebat pada pandangan-Nya.
Sabar itu manis bila kita menanti bersama Allah
Kalau kita sayang Allah, pasti Allah akan hantar pada kita pasangan yang sayang Dia juga
In Shaa Allah.
********
" Jodoh itu sebenarnya panjang dan tidak akan ke mana jika sudah berjodoh . Percayalah , andai sudah berjodoh dengan dia dan tiba masanya Allah akan pertemukan jua . Dan bila masa dipertemukan itu pula tidak pasti . Sama ada cepat atau lambat , muda atau tua semuanya Kuasa Allah SWT "
___ ( kata ibuku kepada diriku )
Jodoh itu rahsia Allah.
Jodoh itu juga panjang sebenarnya.
Kita tidak tahu kita berjodoh atau tidak.
Tetapi andai sudah berjodoh tidak akan ke mana walaupun terpisah.
Jika sudah ditakdirkan bersama, tidak akan ke mana.
Sejauh mana pergi, sejauh mana berada, sejauh mana berlari, sejauh mana berjalan
Ianya akan kembali semula.
Kekadang orang yang dekat dengan kita, boleh juga menjadi jodoh kita.
Kuasa Allah. Hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya.
Kehadiran jodoh dapat dirasai dengan kehadiran seseorang itu yang membuatkan kita tenang dan bertambah rasa aman malah bertingkat keimanan.
Cintailah seseorang kerana kekurangannya
Kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya
Dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya
Kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya
Jodoh Itu Rahsia Allah .
In Shaa Allah , yakin pada Allah .
Janji Allah Itu Pasti .
" Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu tetapi bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu . Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri . Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna , nescaya tidak akan ada pendakwah . Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan . "( IMAM HASAN AL - BASRI )
Aku juga berpesan pada diri ku .
Sama - samalah kita berpesan :)
Perkara yang baik hendaklah dikongsikan bersama
In Shaa Allah . Allah akan membantu kita untuk menjadi yang lebih baik :)
Yakin pada diri untuk merubah diri menjadi lebih baik
Perbaiki diri.
In Shaa Allah, Allah akan memberi petunjuk dan hidayahNya
Wassalam

Comments
Post a Comment