Ya Allah
♥ Ya Allah,
Sesungguhnya aku memohon pertunjuk dariMu,
Berilah aku pilihan yang terbaik buatku,
Dengan ilmu yang ada padaMu,
Dan aku memohon kekuasaanMu,
Untuk menyelesaikan urusanku dengan keizinan
kudratMu.
♥ Dan Aku Jua Memohon KepadaMU,
Sebahagian dari kurniaanMu yang agung,
Sebahagian dari kurniaanMu yang agung,
Kerana sesungguhnya Engkau Maha Kuasa,
Sedangkan diri hambaMu ini penuh dengan
kekhilafan,
Dan Engkau jua Maha Mengetahui,
Sedangkan diri hambaMu ini penuh dengan
kejahilan,
Dan Engkau jualah Maha Mengetahui perkara yang
ghaib.
Yang telah Engkau tetapkan buatku…
♥ Ya Allah,
Sekiranya Engkau tahu bahwa fulan/fulanah itu,
Adalah lebih baik untuk diriku, agamaku dan kehidupanku,
Serta lebih baik pula akibatnya di dunia dan
akhirat,
Maka takdirkanlah dan mudahkanlah
fulan/fulanah bagiku,
Kemudian berkatilah aku dalam urusan jodoh
ini.
♥ Dan Sekiranya
Engkau Tahu Bahawa Fulan/Fulanah itu,
Adalah lebih buruk untuk diriku, agamaku dan
kehidupanku,
Serta lebih buruk pula akibatnya di dunia dan
akhirat,
Maka jauhkanlah fulan/fulanah dariku,
Dan jauhkanlah aku dari urusan ini,
Dan takdirkanlah kebaikan untukku di mana
pun,
Kemudian jadikanlah aku redha menerimanya..
♥ Dengan ini Aku Bersujud PadaMU Ya Allah,
Mengharap dan merintih kepadaMu,
Air mata yang mengalir ini,
Ku biarkan ia menitis demi mengharap kasih
sayangMu,
Yang manakah terbaik buatku,
Sesungguhnya hidupku dan jua matiku,
Adalah semuanya Hanya keranaMu.
Moga Engkau mengasihani diri yang mendambakan
petunjukMU…….Amin

Comments
Post a Comment