Wanita Sering Menitiskan Air Matanya


Assalamualaikum. Hai teman!







Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah. Mengapakah wanita sering menitiskan air matanya?  


JawabNya : KERANA WANITA ITU UNIK

* AKU ciptakan ia sebagai makhluk istimewa
* KU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya
* KU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman
* KU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia
* KU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yg lain menyerah
* KU beri dia naluri untuk mencintai anak-anak dalam keadaan apa sekali pun
* KU kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman atau disakiti oleh orang-orang yang disayangi


WANITA adalah MAKHLUK KUAT, tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata adalah untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

Air Mata Adalah Senjata bagi seorang Wanita.
Jika dia tidak mampu untuk berkata-kata, dia hanya mampu untuk MENITISKAN air mata sahaja. 
Di sebalik air mata itu terselit SERIBU kesulitan yg dia alami. Tiada sesiapa pun yg tahu. Kecuali Allah SWT  sahaja yang tahu betapa payah kesulitan yang dia alami.

Jika kita tidak berdaya lagi untuk berbicara tentang itu kepada sesiapa, MENGADU lah kepada Allah SWT. InsyaAllah, Allah sentiasa mendengar segala rintihan kita. Allah selalu ada di samping kita. Allah akan bantu umatNya yang dalam kesulitan. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu berapa banyak nilai air mata yang WANITA titiskan sepanjang hari hanya kerana Allah. Allah Maha Mengetahui tentang SEGALANYA.

Pasti ada HIKMAH disebaliknya.
Di sebalik itu mungkin terselit SERIBU KEBAHAGIAAN yang INDAH.
Wallahualam. Kita tidak tahu. Allah sahaja yang Maha Mengetahuinya.

Allah tahu apa yang TERBAIK untuk kita.
Yakin denganNya. Di samping itu, kita kena lah tingkatkan usaha dalam BERIBADAT kepadaNya

Kita perlu BERSABAR. Itu yang paling penting.
Minta lah PETUNJUK daripada Allah Yang Maha Esa.
InsyaAllah pasti Allah akan berikan pada masa yang sesuai.
Sabar Hendak lah IKHLAS. 



WASSALAM




Comments