Kenapa Allah Beri Kita Dugaan?


Assalamualaikum. Hai !



Kenapa Allah Beri Kita Dugaan?
Mungkin segelintir tidak mengetahui hikmah di sebaliknya ... mehhh jummm kita kongsi




Bismillahhirrahmanirrahim.

SubhanaAllahh. Kuasa Allah kita tidak tahu. Allah SWT yang merancang segalanya.
Allah Maha Berkuasa. Allah memberi dugaan kepada kita supaya kita selalu ingat akanNya.


Jangan sesekali kita lupa tentang Pencipta Alam. Kelak nanti kita yang mendapat sengsara. Selalu lah ingat nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Allah bersikap adil terhadap umat-umatnya. Mungkin kekadang kita leka, sehingga terlupa akan Pencipta Alam ini.


Disebabkan itu, ia juga menjadi sebagai peringatan kepada diri kita supaya kita ingat akan Allah.
Allah tak lupa kita. Tapi kita yang selalu lupa akan Maha Pencipta Alam ini. Oleh itu, kita hendak lah ingat Allah.


Kita juga patut bersyukur atas dugaan yang diberi olehNya. Ini membuatkan diri kita insaf dengan apa yang kita buat. Kita perlu muhasabah diri kembali. Ia juga dapat mendekatkan diri kepada Allah. Apabila kita diberi dugaan seperti sakit, kemalangan, kesedihan, penderitaan dan sebagainya, kita hendak lah mengingati Allah. Insaf lah diri kita. Mungkin di situ juga ada hikmah yang tersembunyi disebalik dugaan itu.


Mana tahuuu, mungkin perkara yang baik akan menyusul kemudian. InsyaAllah. Allah itu Maha Adil terhadap umatnya. Pasti ada ganjaran yang Allah berikan disebalik dugaan tersebut. Kita sebagai manusia, kita hendak lah bersabar dengan penuh keikhlasan dan berdoa kepada Allah mohon dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. Allah menyayangi setiap umatnya yang bersabar. InsyaAllah. Allah mendengar segala rintihan kita.

Allah Maha Mengetahui Segalanya.







Allah juga mengetahui kemampuan diri kita. Jika Allah beri dugaan terhadap kita, kita harus lah menerimanya dengan penuh ikhlas. Allah juga tahu yang sebenarnya kita mampu untuk menghadapi dugaan itu. 


Jadi jikalau kita menerima Dugaan atau Ujian daripadaNya, ingat lah kita mampu untuk menghadapinya dengan penuh kesabaran. Allah menguji kita dengan DUGAAN. DIA memberi kan kita pelbagai ujian dan dugaan. DIA juga telah menyediakan ganjaran yang sangat baik untuk kita.


Kerana itu juga ia akan membuatkan kita menjadi seorang insan yang penyabar. Ingat lah, dugaan itu datang daripada Allah SWT dan hasilnya juga datang daripada Allah SWT. InsyaAllah dengan izin Allah. 


Tahap iman kita secara tidak langsung bertambah kukuh kan? Diri kita juga akan dekat dengan ALLAH SWT. Bertambah tenang dan tenteram lagi. 


Tahap kesabaran seseorang yang ikhlas akan dibalas olehNya dengan ganjaran yang tak ternilai harganya. SubhanaAllah! Sesungguhnya Allah suka orang yang bersabar.


Ingat lah! 
Pasti ada HIKMAH disebalik apa yang berlaku. Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Kita juga mesti lah berpegang dengan TALI ALLAH. YAKIN lah dengan ALLAH SWT.


Kita jangan sesekali menyerah diri dan berputus asa. Bangunn lah diri untuk menuju ke SYURGANYA yang begitu INDAH sekali. 

Jangan lah bersedihh dengan apa yang berlaku. LA TAHZAN . 
Itu semua ujian dan dugaan yang Allah berikan kepada kita. Itu semua KehendakNya. 
JANJI ALLAH itu pasti! INSYAALLAH
Ganjarannya amat begitu INDAH!

Kalau kita ingat 3 PERKARA ini, InsyaAllah kita akan dijauhi perkara yang negatif .
Kita hendak lahh sentiasa ingat ,

Pertama ------- ALLAH SENTIASA BERSAMA KU

Kedua -------- ALLAH MELIHAT KU

Ketiga -------- ALLAH MEMERHATIKAN KU


Amalkan selaluu kawan-kawan! :)

Daripada itu kita jangan cepat berputus asa tau. Dugaan dan ujian itu semua adalah untuk membentuk insan yang baik akhlaknya. Tambah lagi hati nurani kita punn menjadi suci bersih.

Di samping itu, kita akan mendapat keredhaanNya.
Tetapi yang penting sekali SOLAT 5 WAKTU jangan lupe tau! Jangan TINGGAL .
ZIKIR - ZIKIR pun kena amalkan selalu.
Tunaikan selalu. Kalau ditambah dengan SOLAT SUNAT lagi baik . 
InsyaAllah kita akan mengecapi kebahagiaan daripada ALLAH SWT.







Percaya dan Yakinlah dengan ALLAH SWT .
Ingat ALLAH. InsyaAllah. 


Alangkah INDAHNYA kalau dapat kita FAHAMI bahawa setiap INCI ujian yang kita alami adalah sentuhan KASIH SAYANG daripada Allah SWT kepada kita. Tidak pernah sekalipun ujianNnya datang untuk menjauhkan HAMBA daripada TUHANNYA bahkan untuk menjadikan MANUSIA INGAT dan DEKAT pada Maha Pencipta




Wassalam




Comments

  1. Subhanallah sungguh terkilan membaca apa yg awak post ini...betapa besar nya kasih sayang Allah terhadap hambanya...setiap dugaan besar hikmah nya subhanallah..ya allah saya hmba yg mudah brputus asa dgn dugaan yg slalu Allah berikn..setiap sentuhan dugaan itu rupanya sntuhan kasih sayang Allah...sebak rasa dada saya..trma kasih atas perkongsian ini..assalamualaikum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi membaca.....Kdg kala, kita tidak perasan yg Allah beri kita ujian. Tapi dari situ kita berusaha juga untuk menghadapinya. Tanpa kita sedar, itu adalah ujian buat diri kita. Dan dari situ juga, kita boleh jd tabah. Allah beri kita ujian, sbb Dia tahu kita mampu untuk mengadapinya. Sabar wahai sahabat...InshaaAllah..Ada jalannya. Saya cuma sampaikan perkongsian ini berdasarkan pengalaman yg saya lalui. Sama-sama atas perkongsian awak. Waalaikumussalam :)

      Delete
  2. Slm. Sy seorang hmba yg brdosa. Dan baru baru ini sy ditimpa satu dugaan yg sy. Tak mungkin dpt sy atasi. Ini melibatkan hrpn ibu sy satu satunya. Ya, she my only one who left. Dia nk sgt berjaya. But there's something, I can't run from it. Sy twu sy sakit. I hide it from everybody becuz, sy takut sy akan dismiss from college. I don't mind about my health it just her, that I care the most

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Terima kasih atas perkongsian saudara/saudari. Sy memahami situasi awak. Niat awak begitu ikhlas. Sy rasa awak perlu bersikap rasional dan open minded. Mungkin nnti bila awak berterus terang dengan ibu awak, ibu awak akan faham, Tapi dalam pada masa yang sama, awak boleh still lg belaja bersungguh-sungguh untuk tunaikan harapan ibu awak.Mesti ibu awak akan berasa kagum dgn awak. Tak mengapa, mungkin akan mengambil masa sedikit. Awak juga perlu jaga kesihatan dgn baik.....Jumpa doktor untuk ujian dan perkembangan selanjutnya. Harap dapat membantu. InsyaAllah, mohon doa kepadaNya selalu. I know, you can !

      Delete

Post a Comment