Keistimewaan Bergelar Seorang Insan Wanita


Assalamualaikum .







Para Pembaca Yang Dirahmati Allah.
Kita sebagai insan yang bergelar seorang WANITA patut lah bersyukur dengan ketentuan-Nya.

SubhanaAllah !
Keistimewaan yang Allah berikan kepada insan yang bergelar WANITA sungguh indah sekali.
Allah Maha Pemurah. Oleh itu kita patut bersyukur dengan NIKMAT yang diberi olehNya.

Terdapat 20 keistimewaan seorang wanita menurut HADIS.
Antaranya :

-- Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa-doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia "

-- Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

-- Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

-- Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam syurga.

-- Barang siapa membawa hadiah ( barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya ) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi Ismail.

-- Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.

-- Barang siapa mempunyai 3 anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan sikap tanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

-- Apabila memanggil akan dirimu dua org ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

-- Daripada Aisyah r.a " Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api mereka.

-- Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup lahh pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga . Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dikehendakinya dengan tidak dihisab.

-- Wanita yang taat pada suaminya maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepaada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

-- Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" " Siapa pula berhak terhadap lelaki? " Jawab Rasulullah SAW, " Ibunya. " 

-- Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendakinya.

-- Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya ( 10 000 tahun )

-- Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah AWT catatkan baginya setiap hari dengan 1 000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1 000 kejahatan. 

-- Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah AWt mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

-- Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

-- Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

-- Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

-- Rasulullah SAW menjelaskan betapa istimewanya nasib wanita yang hamil jika dia meninggal dalam masa hamilnya. Allah memberikan jaminan kepada yang bersangkutan mendapatkan syurga sebagaimana janji yang Allah berikan kepada kaum lelaki yang mati syahid di medan perang untuk membela agama Allah. Kedudukan yang demikian tinggi bagi wanita yang meninggal saat melahirkan menunjukkan betapa besar harkat yang Allah dan Rasul-Nya berikan kepada kaum wanita.

Wallahu taa'la a'lam.


Alangkah bertuahnya anda yang bergelar sebagai seorang WANITA. Oleh itu banyakkan bersyukur dan bersabar dalam menghadapi liku-liku dalam kehidupan ini. Setiap apa kejadian, pasti ada hikmah disebaliknya.


Wassalam.




Comments